GARIS PANDUAN SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN DI
LUAR NEGARA KELOLAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
(Hendaklah dibaca sebelum mengisi borang permohonan)
1. PRINSIP DAN KONSEP PINJAMAN
1.1 Kerajaan
pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara
selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan
1.2 Kemudahan
pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA
akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak
RM200,000.00 seorang. Had ini
ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik
selepas tamat pengajian nanti.
Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang
asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
2. JENIS PINJAMAN
Jenis-jenis pinjaman yang
tawarkan adalah seperti berikut :-
2.1 Pinjaman
Khas Perubatan
Pinjaman ini dikhaskan
untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di
luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh
dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju
mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun
selepas menamatkan pengajian dengan jaya.
2.2 Pinjaman
Biasa
Pinjaman ini terbuka
kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain
daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat
kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah
pinjaman selepas menamatkan pengajian.
3. BAYARAN BALIK PINJAMAN
Bayaran balik pinjaman perlu
dibuat selepas pelajar berjaya menamatkan pengajian atau ditamatkan pengajian
kerana sebab-sebab kelemahan akademik,
sakit dan sebagainya. Bayaran
secara ansuran bulanan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang dibuat. Contoh
jadual bayaran balik pinjaman
sekiranya meminjam sebanyak RM200,000 adalah seperti berikut:
|
Jumlah Pinjaman |
Jumlah Bayaran Balik |
|
RM 200,000 |
RM
400 x 40 bulan |
|
|
|
|
RM
600 x 120 bulan |
|
|
|
|
|
RM
800 x 140 bulan |
4. BAYARAN
PERKHIDMATAN SEBANYAK 4% DARIPADA JUMLAH TUNGGAKAN YANG GENAP SETAHUN
Peminjam yang gagal membayar balik pinjaman dan
mempunyai tunggakan yang genap setahun akan dikenakan penalti iaitu bayaran
perkhidmatan sebanyak 4% dari baki yang tertunggak.
5. BIDANG-BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA
5.1 Bidang-bidang
pengajian yang ditaja terbahagi kepada 3 kategori umum iaitu bidang kritikal,
bidang keutamaan dan bidang-bidang lain (Sains Sosial/Sastera Iktisas) seperti
berikut :
5.1.1 Bidang
–bidang Kritikal
i) Perubatan
ii) Pergigian
iii) Farmasi
iv) Veterinar
5.1.2
Bidang-bidang Keutamaan
i) Sains dan Teknologi (tidak termasuk Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat)
ii) Kejuruteraan (tidak termasuk
Elektrikal & Elektronik, Mekanikal dan Awam)
iii) Senibina
/ RIBA Part II
iv) Perakaunan
/ ACCA
5.1.3
Bidang-bidang lain (Sains Sosial & Sastera Ikhtisas) seperti:-
i) Undang-undang
ii) Ekonomi
iii) Kewangan/Perbankan/Pemasaran/
Perniagaan Antarabangsa
iv) Perhubungan
Antarabangsa
v) Komunikasi
5.2 Kursus-kursus yang diikuti hendaklah
kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
6. SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN
6.1 SYARAT UMUM
i)
Warganegara
ii)
Berumur di bawah 25 tahun semasa permohonan dibuat.
iii)
Pelajar telahpun berjaya menamatkan sekurang-kurangnya
satu semester (bagi pelajar lepasan diploma) / setahun pengajian di luar negara
dan telah berjaya masuk ke tahun berikutnya (tertakluk kepada syarat-syarat
khusus).
iv)
Ibu/Bapa/Adik-Beradik/Pelajar bukan merupakan Peminjam
Tegar Pinjaman / peminjam disenaraihitamkan / mempunyai tunggakan bayaran balik
pinjaman (daripada JPA atau badan-badan pinjaman kerajaan yang lain)
v)
Ibu/bapa tidak pernah melanggar mana-mana kontrak
biasiswa kerajaan (sekiranya pernah/sedang berkhidmat dengan kerajaan)
vi)
Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak
mendapat pinjaman pada satu-satu masa (Permohonan ahli keluarga yang lain hanya
akan dipertimbangkan selepas
peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan)
6.2 SYARAT KHUSUS
(SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK)
(i) BIDANG
PERUBATAN / PERGIGIAN / FARMASI
a) Negara :
i) Sepenuh Masa
ii)
Program Berkembar
·
Bagi
pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di bawah Program Berkembar
PMC-Ireland, permohonan boleh dipertimbangkan setelah pelajar diterima masuk ke
tahun dua pengajian, tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek pada tahun
pertama dan mengemukakan keputusan tersebut semasa permohonan dikemukakan ke
JPA.
·
Bagi pelajar
Program Berkembar IMU – pelajar perlu menyudahkan sekurang-kurangnya setahun pengajian di
luar negara (taja mulai Semester
Kedua Tahun 4 pengajian) serta lulus peperiksaan tahun satu, dua dan tiga dan tidak pernah gagal dalam mana-mana
subjek yang diambil
b) Negara
: India/Indonesia/Timur Tengah/ Republik Czech
i) Sepenuh Masa
ii) Program Berkembar
·
India - Perlu
mendapat sekurang-kurangnya keputusan First Class bagi peperiksaan akhir
terkini, dan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di bawah Program
Berkembar Melaka-Manipal permohonan boleh dipertimbangkan setelah pelajar
diterima masuk ke tahun dua pengajian, tidak pernah gagal dalam mana-mana
subjek pada tahun pertama dengan mendapat keputusan tidak kurang (70% dan ke
atas) dan mengemukakan keputusan peperiksaan tersebut semasa permohonan
dikemukakan ke JPA.
(ii) BIDANG KEJURUTERAAN /SENIBINA
Negara
:
·
Pelajar perlu
menyempurnakan sekurang-kurangnya satu semester (bagi pelajar-pelajar lepasan
diploma)/ setahun pengajian di luar negara dan diterima masuk ke tahun berikut
dengan jayanya
·
Tidak pernah
gagal dalam mana-mana subjek yang diambil
·
Mengemukakan
keputusan peperiksaan akhir terkini
di luar negara dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA2.75 bagi bidang Kejuruteraan dan CGPA2.50
bagi bidang Senibina atau setaraf.
(iii) BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI / VETERINAR /BIDANG- BIDANG
KEUTAMAAN DAN BIDANG-BIDANG LAIN
Negara
:
·
Pelajar perlu
menyempurnakan sekurang-kurangnya satu semester (bagi pelajar-pelajar lepasan
diploma) / setahun pengajian di luar negara dan diterima masuk ke tahun berikut
dengan jayanya
·
Pelajar tidak
pernah gagal dalam mana-mana subjek yang diambil
·
Mengemukakan
keputusan peperiksaan akhir terkini
di luar negara dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA2.75 atau setaraf
7. CARA
MEMOHON
7.1 Tawaran
permohonan pinjaman akan dibuat 2 kali setahun berdasarkan kepada tarikh
kemasukan ke universiti-universiti di luar negara. Permohonan pinjaman
hendaklah dibuat melalui online. Manakala dokumen sokongan dikemukakan
secara fizikal (hardcopy)
8. TARIKH PERMOHONAN
DIBUKA
11.1
Permohonan secar online mula dibuka mulai tarikh-tarikh
berikut:
1 Disember
(bagi tarikh tutup 28
Februari)
1 Jun (bagi tarikh tutup 31 Ogos )
9. TARIKH
TUTUP PERMOHONAN ONLINE
9.1
Tarikh tutup permohonan secara online yang ditetapkan adalah pada:-
28 Februari (Bagi pelajar-pelajar di Australia, New Zealand
dan negara-negara yang mula pengajian pada bulan Januari, Februari dan Mac)
31 Ogos (Bagi pelajar-pelajar di
9.2 Salinan slip pengesahan permohonan
online dan dokumen sokongan seperti di perenggan 9 hendaklah dikemukakan ke JPA
pada atau sebelum :
i - 10
Mac (bagi tarikh tutup permohonan online
pada
28 Febuari)
ii- 10
September (bagi tarikh tutup permohonan online pada 31 Ogos )
9.3 Tempoh
proses permohonan akan mengambil masa selewat-lewatnya 40 hari bekerja selepas
tarikh tutup penghantaran dokumen.
Permohonan tidak akan diproses sekiranya dokumen tidak diterima pada
tarikh yang ditetapkan.
10. DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR BERSAMA SLIP PENGESAHAN PERMOHONAN ONLINE
10.1 Pemohon perlu mengemukakan
dokumen dan maklumat seperti yang disenaraikan di para 9.2 berikut.
Dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Pengesahan juga boleh dibuat oleh Penasihat
Pendidikan dan Latihan/Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Jabatan Penuntut
Malaysia yang juga dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
10.2 Dokumen-dokumen yang perlu
disertakan adalah seperti berikut:
i)
Salinan Kad Pengenalan (Pelajar /Ibubapa/Penjaga/Adik-beradik);
ii) Salinan
Surat Beranak (Pelajar);
iii)
Salinan Pasport (Pelajar);
iv)
Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi
(Unconditional Offer) dan menyertakan maklumat kos yuran pengajian setahun dan
sepanjang pengajian;
v)
Salinan keputusan peperiksaan (dokumen asal) tahun-tahun
sebelumnya untuk pengajian di luar negara;
vi)
Salinan Sijil SPM / Sijil STPM / Matrikulasi / Diploma /
A- Level / IB / Lain-lain;
vii)
Salinan slip gaji ibubapa / penjaga;
viii)
Salinan kad pencen ibubapa/penjaga; dan
ix)
Salinan Borang EA (Swasta) dan Borang EC (Kerajaan) ibu-
bapa / penjaga untuk tahun semasa dan 2 tahun sebelumnya.
x)
Bukti bagaimana pemohon dapat menampung kos sara hidup
dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara, e.g salinan buku
penyata bank, ASB dan lain-lain.
10.3
Slip pengesahan permohonan online dan dokumen yang telah disahkan hendaklah di hantar ke alamat
berikut:
Jabatan Perkhidmatan
Awam
Bahagian Latihan
Aras 5, Blok C1, Kompleks
C
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(up: Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara))
11.
HAK JPA
11.1
Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada
serta perubahan dasar kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, JPA tidak terikat untuk
meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut
memenuhi syarat-syarat dan kriteria
yang telah ditetapkan;
11.2
JPA berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada
kemudahan pinjaman yang disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan
kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu;
11.3
JPA berhak menarik balik tawaran pinjaman sekiranya
didapati pemohon memberi maklumat
palsu; dan
11.4
Permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati arahan,
dan tidak memenuhi
syarat kelayakan sebagaimana yang dinyatakan di atas tidak akan
diproses/dipertimbangkan.
12. PEGAWAI UNTUK
DIHUBUNGI
Sebarang kemusykilan
mengenai permohonan pinjaman, sila hubungi pegawai berikut:
Cik Noor Harlina bt.
Mohamed
Penolong Pengarah
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara)
Tel :03-88853386
Faks
:03-88892170
e-mail :
pinjaman.yuran@jpa.gov.my
atau
Puan Che Som bt Samat
Pembantu Tadbir
Unit Latihan Sebelum
Perkhidmatan (Luar Negara)
Tel :03-88853406
Faks
:03-88892170
Email :
chesom@jpa.gov.my
Borang Permohonan
Online borang_pinjaman_luarnegara.php